"Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan didunia"
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA
"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit
semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit"
Dr. John J. Kabara, Universiti Michigan, USA
 
"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan"
Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA
Minyak  Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir  sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI. 
Minyak Kelapa Dara adalah 100% Organik, diakui oleh Doktor diseluruh dunia tentang
kehebatannya,  bersifat anti virus & anti bakteria, boleh merencatkan virus  HIV, tiada kolestrol, tidak menyebabkan kegemukan, menurunkan darah  tinggi & kencing manis, tiada kesan sampingan, diakui diseluruh  DUNIA sebagai makanan berfungsi pada abad ke 21
Fakta : Minyak  Kelapa Dara telah mendapat pengakuan FDA di Amerika Syarikat dan  dimasukkan di dalam daftar GRAS (Generally Regarded As Safe) dan  disahkan selamat untuk dimakan.
Minyak Kelapa Dara sebagai Anti Kanser.
Minyak  Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir  sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini  mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang  menjadikan minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.
Sifat antimikrob MCT pada minyak kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit.
MCT  mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin  berkurangnya jumlah bakteria yang menggangu di dalam tubuh, sel-sel  darah putih akan bebas mencari dan merencatkan sel-sel kanser. Selain  itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang mencegah  tindakbalas radikal bebas dan memberikan perlindungan.
SIFAT-SIFAT MINYAK KELAPA DARA :
Berwarna Jernih.
Diproses melalui kaedah bioteknologi.
Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses
pengekstrakan minyak.
Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan
bahan kimia.
Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik
yang agak tinggi.
Akan membeku pada suhu 24°C (cepat membeku).
Minyak Kelapa Dara merencatkan virus HIV.
Berbeza  dengan anggapan masyarakat Barat selama ini bahawa minyak kelapa  merupakan minyak yang mengandungi kolestrol dan menyebabkan gangguan  jantung dan pembuluh darah, beberapa kajian terbaru menunjukkan, minyak  kelapa dara mampu melindungi kesihatan. Kajian oleh Enig MG (tahun 2001)  dan kumpulannya menunjukkan, 50 peratus asid lemak pada minyak kelapa  dara adalah asid laurik dan tujuh peratus lagi adalah asid kapriat.  Keduanya adalah Asid Lemak Tepu Rantaian Sederhana (MCFA) yang mudah  dimetabolisma dan tidak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.
Dalam  tubuh, asid laurik akan berubah menjadi sebati dengan monolaurin dan  asid kapriat diubah menjadi monokaprin. Keduanya bersifat antivirus,  antibakteria dan antiprotozoa dan kini dikembangkan untuk melawan  HIV/AIDS.
Kehebatan Minyak Kelapa Dara
Dipetik dari : MINGGUAN MALAYSIA , Ahad 1 Ogos 2004, (Ruangan Kesihatan) ms. 28.
SUNGGUHPUN  kita telah disajikan dengan fakta bahawa minyak kelapa berbahaya untuk  kesihatan selama hampir 30 tahun, kita tidak pula diberitahu bahawa  kajian tentang kesan sebenar kelapa telah dimulakan lebih 70 tahun  dahulu.
Bermula dari awal tahun 1930, Dr. Weston A.  Price, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorang  doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan  Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan gigi yang menakjubkan.  Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa.  Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak  terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.
Pada awal  tahun 1960-an, Dr. Ian A. Prior, seorang pakar jantung yang juga  merupakan pengarah Pusat Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital  Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau  iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan.  Dr. Ian  merumuskan, penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian.  Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan  tiada penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
Pada  tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon  J. Kabara, seorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti  Michigan . Beliau mendapati, minyak kelapa dara yang terdapat dalam  santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit  semula jadi yang kuat.  Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price  dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di Kepulauan Pasifik  begitu sihat.  Penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya  berupaya merubah senario industri kesihatan dunia.
Dalam  tahun 1980-an, Dr. Raymond Peat, seorang profesor fisiologi dari  Universiti Oregon melaporkan, minyak kelapa dara dalam hampas kelapa  berupaya menurunkan berat badan.
Fakta ini menyangkal pandangan  yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990-an,  Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, pemakanan dan seorang ahli  biokimia dari Universiti Maryland merumuskan, minyak kelapa dara adalah  makanan yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.
Perbezaan minyak kelapa dara dengan minyak kelapa biasa
Minyak  kelapa dara diproses dengan tidak menggunakan sebarang haba atau bahan  kimia. Ini menyebabkan struktur dalaman asal minyak kelapa dara  terpelihara dan dapat mengekalkan sifat-sifat antivirus dan  antibakterianya.
Untuk memproses minyak kelapa biasa  secara komersial dan meluas, haba dan kimia digunakan menyebabkan  struktur dalaman minyak kelapa biasa terganggu dan berubah. Ini mungkin  boleh memudaratkan. Antaranya, meningkatkan kolesterol dan menaikkan  berat badan.  Oleh kerana minyak kelapa dara amat rumit untuk  dihasilkan, ia hampir tidak wujud di dalam pasaran minyak makan.  Selain  itu, kos pengeluarannya juga tinggi dan tidak mampu bersaing dengan  pasaran minyak lain. Agak pelik,  apabila dinyatakan minyak kelapa  secara umum berbahaya untuk kesihatan kerana pohon kelapa hebat dengan  pelbagai fungsi - dari pangkal hingga ke hujung.
Malangnya  apabila pihak luar mempunyai kepentingan global mengatakan minyak  kelapa berbahaya untuk kesihatan, kita mengikut telunjuk mereka.  Kita  perlu mengetahui empat perkara penting yang menyebabkan minyak kelapa  dara lenyap:
Minyak kelapa dara adalah suatu kejadian  Allah yang semula jadi. Ia tidak boleh dipaten oleh mana-mana pihak  untuk kepentingan perniagaan. Minyak kelapa dara tidak boleh dipaten.  Ini menggugat industri kesihatan dan perubatan global yang menyebabkan  syarikat farmasi antarabangsa khuatir jualan ubat-ubat moden boleh  merosot seandainya manusia beralih kepada sesuatu yang semula jadi.
Faktor  minyak kelapa dara tidak boleh dipaten hak penghasilannya adalah  sesuatu yang amat merugikan kepada syarikat-syarikat besar itu.   Wujudnya kempen global Persatuan Minyak Soya Amerika pada awal 1970-an  terus mematikan daya saing minyak tropika termasuk minyak kelapa. Kempen  meluas yang mengatakan minyak kelapa membahayakan kesihatan menjadikan  industri kelapa Malaysia terkubur.
Syarikat-syarikat  besar farmasi dunia juga mengenakan cengkaman ke atas semua sekolah  perubatan di dunia.  Mereka memberi sumbangan berbilion ringgit untuk  menjalankan penyelidikan yang keputusannya disesuaikan menurut  kepentingan perniagaan global mereka.  Oleh kerana banyak kajian  perubatan dipengaruhi oleh syarikat farmasi antarabangsa, tidak ada  seorang doktor yang akan mengatakan minyak kelapa dara berfungsi untuk  kesihatan.
Kini  industri kesihatan dunia bergantung kepada perubatan moden yang  berasaskan kimia. Ia boleh membawa kesan jangka panjang kepada perubatan  alternatif yang banyak berasaskan bahan semula jadi.
Dengan  wujudnya kempen kesedaran tentang kesan jangka panjang perubatan moden  Barat, minyak kelapa dara sudah pasti akan mendapat tempat di persada  industri kesihatan global.  Oleh itu Malaysia perlu mengambil langkah  proaktif untuk mempromosi minyak kelapa dara di samping minyak sawit  yang sedia terkenal.
MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia.
Dipetik dari : majalah Mingguan Wanita.
Pohon  kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk  manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari  makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun.  Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat  dengan kehidupan manusia seharian.
Sungguhpun  demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah olah dipinggirkan kerana  dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah  minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang  tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya  dikatakan membawa kesan negatif pula.
Sebenarnya  minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang diproses tanpa  menggunakan haba atau kimia menyimpan pelabagai khasiat yang tidak  diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh  pakar pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian  dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi  sebahagian besar pemakanan harian. Pakar pakar tersebut merumuskan  bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak  tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia.  Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar  berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak  mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
Jadi  apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak  kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur  asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan  minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses  yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada  kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan  kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara  meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang  menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa  dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana  prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar  besaran.
Pada  tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi  dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang  mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau  mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria,  kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan  ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit,  minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.
Melihatkan  kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar pakar barat terus mencari  kesan kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke  atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa  dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia  sejagat. Kajian kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak  kelapa dara memberi pelbagai kesan positf seperti berikut:
1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
2. meningkat kadar metabolisma badan
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
4. anti oxida semulajadi
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
9. berupaya menurunkan berat badan
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
11. membekal sumber tenaga dengan cepat
12. melembab dan melembutkan kulit
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
14. mengurangkan kesan keracunan makanan
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
20. mengurangkan risiko dan kesan demam
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
25. mengurangkan risiko dan kesan lelah
26. mengurangkan risiko dan kesan buasir
27. mengurangkan risiko dan kesan sembelit
28. mengurangkan risiko dan kesan hepatitis A, B, C
29. mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut
30. mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi dan gusi
31. mengurangkan risiko dan kesan kanser
32. mengurangkan risiko dan kesan leukemia
33. mengurangkan risiko dan kesan psoriasis dan sebarang penyakit kulit
34. mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut
35. mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
36. mengurangkan risiko dan kesan stroke atau angin ahmar
37. mengurangkan risiko dan kesan herpes, syphilis, gonorrhea
38. mengurangkan risiko dan kesan penyakit Crohn
39. mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
40. mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
41. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu
42. mengurangkan risiko dan kesan penyakit hati
43. mengurangkan risiko dan kesan pembesaran prostate radang paru paru 
44. mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga
Sudah  tentu kita akan merasa terkejut apabila melihat senarai panjang  penyakit yang dapat di elak atau disembuhkan dengan memakan minyak  kelapa dara. Ini semua adalah kekuasaan tuhan yang telah dari awal lagi  menunjukkan kepada manusia bahawa pohon kelapa kejadiannya amat  berfungsi untuk kegunaan harian manusia. Tanpa kajian kajian yang  dilakukan oleh pakar pakar negara barat, sudah pasti seribu satu rahsia  alam yang tersimpan di dalam minyak kelapa dara tidak akan tercungkil. 
Maka  terbuktilah betapa hebatnya kejadian dan hikmah tuhan seperti yang di  manifestasikan oleh pohon kelapa. Setiap yang dijadikan tuhan secara  semulajadi sudah pasti ada hikmahnya. Janganlah pula kita sebagai insan  kerdil menidakkannya.
Minyak  Kelapa Dara Bersifat Antibakteria, Antivirus dan Antiprotozoa Minyak  Kelapa Dara memiliki sifat antivirus, antibakteria, antikulat dan anti  protozoa. Ini adalah kerana kandungan asid laurik yang tinggi. Manakala,  minyak yang lain tidak memiliki sifat antimikrob sepertinya. Mereka  yang mengalami serangan mikrob dan kulat dicadangkan supaya meminum  minyak kelapa Dara 2-4 sudu makan sehari, diminum sebelum makan dan  disapu dibahagian yang mengalami masaalah. Dengan meminumnya secara  terus ia dapat mengekalkan sifat antimikrob didalam Minyak Kelapa Dara. 
Minyak  yang berasal dari keluarga kelapa, mengandung antimikrob semulajadi,  seperti asid laurik (lauric acid) yang hampir sama dengan khasiat air  susu ibu (ASI). Manakala minyak sayur lain (minyak jagung, minyak kacang  soya dan minyak biji bunga matahari) tidak memiliki sifat anti mikrob.  Asid laurik pertama kali ditemui dalam minyak kelapa oleh Prof. Dr. John  J Kabra, daripada Department of Chemistry and Pharmachology, Michigan  State University, Amerika, tahun 1960an. Manfaat dari asid laurik antara  lain ialah dapat membunuh berbagai jenis mikrob yang membran selnya  asal asid lemak (lipid coated microorganism). Sifat asid laurik dapat  melarutkan membran virus berupa lipid sehingga boleh mengganggu  kekebalan virus. Keadaan ini akan menyebabkan virus menjadi lemah.  Beberapa penyakit yang disebabkan oleh mikrob jenis ini seperti HIV,  hepatitis C, herpes, influenza, cytomegalovirus, Strepcocous sp.,  Stapilococus sp., gram positive, gram negative, helicobacterpylory, dan  candida. Sementara itu, asid kaprilat yang terdapat pada Minyak Kelapa  Dara amat berpotensi untuk mematikan kulat (candida) penyebab keputihan.
Minyak Kelapa Dara sebagai Anti Kanser
Minyak  Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir  sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini  mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang  menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.
Sifat  antimikrob MCT pada Minyak Kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan  bakteria penyebab penyakit.   MCT mengambil alih tugas untuk mematikan  mikrob. Dengan semakin berkurangnya jumlah bakteria penggangu di dalam  tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan menghancurkan sel-sel  kanser. Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksidan yang  mencegah kesan-kesan radikal bebas dan memberikan perlindungan.
Minyak Kelapa Dara Dan Pengawalan Penyakit Kardiavaskular
Minyak  dan kolesterol merupakan istilah yang amat sinonim. Kita seringkali  diberitahu tentang kemudaratan yang dibawa oleh minyak. Walau  bagaimanapun tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai khasiat yang  menakjubkan? Seperti yang kita ketahui minyak terdiri daripada asid  lemak. Asid lemak pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu asid lemak  tepu dan asid lemak tak tepu. Faktor utama yang membezakan kedua-dua  lemak ini adalah ikatan kimianya. Asid lemak tepu menunjukkan ikatan  kimia yang lebih stabil berbanding dengan asid lemak tak tepu, ini  berdasarkan jumlah atom yang terikat padanya. Keadaan struktur kimianya  yang stabil ini menyebabkan ianya sukar dioksidakan berbanding dengan  asid lemak tak tepu. Pengoksidaan asid lemak meyebabkan penghasilan  radikal bebas yang reaktif dan memudaratkan dalam badan.
Tahukah  anda minyak kelapa dara mempunyai komposisi asid lemak tepu yang  tinggi, komponen inilah yang menjadikan sifatnya sangat istimewa. Empat  dekad lalu kita sering disajikan dengan informasi salah oleh sesetengah  ahli politik dan golongan profesional barat yang mempunyai kepentingan  sendiri. Mereka berjaya mempengaruhi media dan seterusnya membuatkan  kita beranggapan asid lemak tepu adalah mudarat untuk kesihatan. Hanya  sedikit maklumat sahaja yang difokuskan kepada fakta bahawa asid lemak  tepu bukan sahaja
terdiri  famili tunggal, tetapi ianya terdiri daripada 3 subkumpulan; iaitu asid  lemak berantaian pendek (C2-C6), sederhana (C8-C12) dan panjang  (C14-C24). Pengkelasan ini dilakukan berdasarkan kepada jumlah atom  karbon (C).
Adakah  minyak kelapa dara meningkatkan paras kolesterol? Tidak, minyak kelapa  dara yang diproses secara bioteknologi tidak meningkatkan kolesterol  darah. Contohnya, sekumpulan penyelidik telah menyedari penduduk di  Kepulauan Filiphina, iaitu Polynesians dan Bicolanos yang mengamalkan  diet kelapa dalam kehidupan harian tidak mendapat penyakit jantung  koronari dan mempunyai paras kolesterol yang rendah.
Kajian  yang dilakukan oleh penyelidik barat iaitu Kaunitz dan Dayrit (1992) ke  atas populasi yang mengamalkan diet kelapa, mendapati minyak kelapa  dara tidak meningkatkan kolesterol serum darah dan tidak meningkatkan  risiko mendapat penyakit jantung koronari. Salah satu faktor yang  menyebabkan peningkatan kolesterol darah adalah kadar metabolisma badan  yang rendah. Minyak kelapa dara dapat meningkatkan metabolisma badan dan  sekaligus dapat menurunkan paras kolesterol darah.
Pendekatan  semulajadi boleh dilakukan untuk menangani masalah paras kolesterol  yang tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kelapa dara atau nama  saintifiknya Cocos nucifera dalam diet harian didapati mampu  mengurangkan risiko penyakit jantung, merendahkan deposisi lemak,  meningkatkan metabolisma, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan  penghasilan radikal bebas dalam sel, menurunkan paras kolesterol darah  dan hati serta mempunyai sifat anti-oksidan terhadap sel.
Salah  satu faktor yang menyebabkan masalah kardiovaskular adalah pembekuan  darah. Platlet adalah protein yang terdapat pada darah berperanan dalam  proses pembekuan darah. Semakin tinggi daya kelekitan platlet semakin  tinggi risiko darah untuk membeku. Kajian terdahulu menunjukkan  kebanyakan lemak contohnya minyak sapi, mentega, marjerin, dan minyak  sayuran menyebabkan peningkatan kelekitan platlet. Salah satu lemak yang  tidak menyebabkan kelekitan platlet adalah MCFA yang terdapat dalam  minyak kelapa. Lemak ini
akan segera dibakar di dalam badan dan tidak menyebabkan deposisi pada saluran darah.
Di  samping itu, gaya hidup masa kini yang lebih bertumpu kepada makanan  segera dan diproses merupakan penyumbang terbesar kepada risiko penyakit  kardiovaskular. Makanan yang diproses telah melalui proses hidrogenasi  yang menyebabkan makanan segera kurang selamat untuk dimakan.  Penghidrogenan yang menggunakan tekanan haba yang tinggi menyebabkan  terhasilnya lemak trans iaitu lemak yang tidak baik.
Lemak  trans adalah lemak tiruan yang terhasil daripada proses penghidrogenan  dan sangat toksik. Ini kerana badan manusia tidak mempunyai mekanisma  khas untuk memproses dan menyingkirkan lemak trans. 
(Bahagian 3)
Dr  Willett dan rakan-rakan menyatakan lemak trans menyebabkan penyakit  kardiovaskular. Kajian menunjukkan asid lemak trans menyumbang kepada  aterosklerosis dan penyakit jantung. Sebagai contoh kajian ke atas  haiwan mendapati, haiwan yang diberi diet yang mengandungi asid lemak  trans mendapat aterosklerosis berbanding dengan haiwan yang diberi makan  selain daripada lemak trans.
Minyak  kelapa dara adalah anugerah Tuhan yang amat berharga dan memainkan  peranan dalam menurunkan paras kolesterol darah. Oleh itu adalah  mustahil anugerah semula jadi ini membawa kemudaratan kepada manusia.